
Aduhai…!! Kesan Kuali Hangus Susah Nak Hilang

Pernahkah anda mengalami situasi di bawah…??
Ini akan membuatkan tangan-tangan suri rumah keluar urat dibuatnya. Kerja menyental akan memerlukan banyak tenaga dan makan masa yang agak panjang sekiranya tidak menggunakan cara yang betul.

Pernahkah anda mengalami situasi di atas..?? Selalunya terjadi kalau sambil masak ada macam-macam lagi kerja yang dibuat sehinggakan kita lupa tengah masak. Bila dah lama-lama sampai terbau hangit barulah sedar tengah masak lauk kat atas dapur. Bila dah hangit, dah tentu kuali atau periuk berkerak dan kadang-kadang sampai berarang, habis berasap satu rumah.
Masalah bila periuk/kuali hangus ni bila kita nak membersihkannya punyalah susah dengan kerak tebal dan melekat kuat. Kene sental pakai berus dawai berkali-kali dalam masa yang agak lama barulah kotoran akan hilang. Boleh jadi lenguh tangan dibuatnya.
Kalau pakai cara lama kuali atau periuk itu akan dipanaskan semula dan diisi air untuk membuatkan kerak yang ada itu kembang dan lebih mudah untuk dicuci. Ia akan memerlukan masa yang agak lama dan tenaga yang banyak untuk menghilangkan kerak yang hangus itu. Ada juga yang menggunakan sabun yang kuat yang boleh menanggalkan kerak degil tetapi ia agak mahal harganya.
Pilihan Peralatan Dapur Yang Menarik




Di sini saya nak kongsikan sedikit tip bagaimana nak menghilangkan
kesan kerak hangus yang degil itu.
7 Cara / Tip Untuk Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali / Periuk
1. Guna Sabun Mandi.
Mula-mula, potong sabun mandi kepada 4 atau 6 bahagian (bergantung pada saiz kuali atau periuk/kuali anda) dan rendamkan periuk/kuali dalam besen bersama sabun mandi itu (1 bahagian untuk luar periuk/kuali dan 1 bahagian untuk dalam periuk/kuali). Biarkan sabun itu kembang dalam beberapa minit dan larut ke dalam air. Selepas itu tekan 1 bahagian sabun kepada kerak bahagian luar dan 1 lagi pada kerak di bahagian dalam kuali/periuk itu. Kemudian sental menggunakan berus periuk dawai dan ulang sehingga bersih.
2. Cuka
Sekiranya kesan hangus pada periuk/kuali itu tidak berapa tebal, cukuplah menggunakan campuran cuka dan air dalam nisbah 1 cuka dengan 3 air. Panaskan semula periuk/kuali itu sehingga ia mendidih dan kacau sehingga kesan hangus itu tertanggal.
3. Minuman Berkarbonat
Biasanya menggunakannya untuk kesan hangus disebabkan gula. Rebus menggunakan minuman berkarbonat dengan api yang perlahan selama lebih kurang 2 jam dan kesan gula yang hangus akan tertanggal dengan sendiri. Bagi kawasan yang terlalu tebal, gosokkan menggunakan senduk kayu untuk menolong menanggalkan kesan hangus itu.
Pilihan Produk Menarik Untuk Anda



4. Tomato
Cara ini memerlukan anda meninggalkan periuk/kuali anda semalaman setelak dilenyekkan dengan tomato yang tidak terlalu masak. Asid yang terkandung dalam tomato itu akan meleraikan kesan hangus itu dan menjadikannya lebih mudah untuk disental menggunakan berus.
5. Garam Kasar
Didihkan air menggunakan kuali/periuk yang hangus itu dan masukkan garam kasar. Kemudian kacau sambil menggosiokkan kesan hangus itu menggunakan senduk kayu.
6. Garam dan Limau Nipis
Cara ini sesuai untuk menghilangkan kesan hangus di bahagian belakang/luar kuali/periuk anda. Gaul garam dan air limau nipis sehingga mendapat cecair yang pekat dan sapukan ke bahagian luar periuk/kuali dan biarkan selama 2 jam. Kemudian letakkan sedikit air dan sental.
7. Cuka Makan bersama Baking Soda
Ianya sesuai untuk menghilangkan kesan hangus pada bahagian dalam periuk/kuali anda. Mula-mula didihkan air di dalam kuali/periuk itu dan kemudian masukkan satu cawan baking soda. Setelah didapati kerak hangus itu sudah mula menjadi lembut, boleh la matikan api dan mula menyentalnya menggunakan sudip kayu bersama-sama dengan span kasar.
Bila selalunya terjadi perkara di atas, mak saya mengambil keputusan menggunakan periuk yang mudah dicuci. Sila klik untuk ke halaman seterusnya (Periuk Anti Calar):
Ice-Watch 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!
Pencuci Serbaguna Yang Mesra Alam



Pilihan Produk Menarik Untuk Anda



Find Me Here :
Pilihan Kasut Keselamatan Berkualiti



Lain-Lain Yang Menarik:
10 Cara DIY Basikal Menjimatkan
10 Alatan Menanam Pokok & Berkebun
11 Peralatan Elektrik Menarik
11 Alatan Dapur Menarik
Bayar Bil Guna Touch N Go
Beli Online Guna Touch N Go
Menderma Guna Touch N Go
Cara Atasi Masalah Berdengkur
Cara Menghalau Cicak, Serangga Dan Tikus
Cara Menghalang Ular Datang
Penutup Longkang Ringan
Mesen Urutan Kaki Terbaik
Pilihan Produk Kegemaran Ramai



