
Zaman berubah dan setiap orang mempunyai tugasan yang penting untuk dilaksanakan dalam era pembangunan yang semakin pesat membangun. Taraf hidup menjadi semakin tinggi dengan kemasukan berbagai-bagai produk dan teknologi untuk setiap orang miliki. Semua yang kita lakukan setiap hari akan mencorak Gaya Hidup setiap individu itu.
Kita boleh lihat dengan usaha yang dilakukan oleh badan tertentu dalam kerajaan mahu pun badan swasta telah dapat mengeluarkan sedikit demi sedikit golongan yang berpendapatan rendah untuk bangkit dan mengambil bahagian dalam menjana ekonomi negara dan akhirnya akan membuatkan taraf hidup seseorang itu bertambah baik.

Mengapa saya membuat Halaman ini?
- Kerana saya ingin berkongsi pendapat dan cadangan dengan pembaca tentang apa yang saya buat dalam usaha untuk meningkatkan Taraf Hidup di samping tidak mengenepikan aspek Kesihatan Badan.
- Apa guna mempunya duit dan harta yang banyak yang akhirnya akan habis untuk digunakan membayar kos rawatan perubatan kepakaran.
Tidak gunalah saya berceloteh panjang lagi dan saya ingin terus memberikan info-info dan tip-tip berguna dalam merealisasikan “Gaya Hidup Terkini dan Sihat”.
Madu Merupakan Amalan Kesihatan Yang Baik

Untuk membantu para pembaca sekalian, ini apa yang tuan-tuan/puan-puan perlu tahu sebelum kita meneruskan lagi pembacaan:
- Pengalaman saya melihat orang sekeliling yang berharta dan kaya raya tapi akhirnya hidup dalam kesakitan di wad-wad menyedarkan saya.
- Kebanyakan topik yang akan saya utarakan adalah berkenaan cara-cara untuk meningkatkan Taraf Hidup dan juga topik Kesihatan.
- Saya juga telah membuat beberapa halaman di Facebook untuk tujuan yang sama : fb.me/easylivingHQ
- Ini pula adalah Halaman Site saya : easylivingbiz.com
- Saya amat berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan oleh pembaca sekalian dan semoga Tuhan sahaja yang dapat membalas budi bicara tuan/puan sekalian.
Semoga apa juga yang saya kongsikan ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada para pembaca sekalian dan harapan saya semoga tuan/puan dapat kongsikan dengan yang lain.
“Apa sahaja yang kita lakukan setiap hari merupakan amalan yang akan menentukan pengakhiran kehidupan setiap manusia”
— Ainudin Bin Mohamad

Akhir kata, cubalah untuk permudahkan kehidupan anda sedikit dan sediakan sedikit masa dalam kehidupan anda untuk menilai setakat mana tahap kesihatan dan juga tahap kehidupan anda yang dapat membantu untuk anda Tingkatkan Tahap Kehidupan dan Tahap Kesihatan anda.

Ini adalah halaman yang saya nak kongsikan bersama pembaca :
ICE-WATCH 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!
Senaman Harian Untuk Bahagian Perut
1. Buat posisi seperti dalam gambar di bawah. Dengan kedudukan kaki tidak mencecah lantai, lunjurkan kaki ke hadapan dan tarik semula perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Rehat selama 15 saat.

2. Buat posisi seperti dalam gambar di bawah dengan kaki diangkat sedikit. Gerakan tangan ke kiri dan ke kanan sebanyak 20 kali perlahan-lahan. Kemudian rehat selama 20 saat.

3. Buat posisi seperti dalam gambar di bawah. Tarik badan ke hadapan dan ke belakang semula perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Kemudian rehat selama 25 saat.

4. Buat posisi seperti dalam gambar di bawah. Turunkan kaki ke bawah dan ke belakang semula perlahan-lahan sebanyak 12 kali. Kemudian rehat selama 25 saat.

5. Buat posisi seperti dalam gambar di bawah. Turunkan kaki ke bawah perlahan-lahan dan naikkan semula perlahan-lahan sebanyak 8 kali. Kemudian rehat selama 25 saat.

6. Buat posisi seperti dalam gambar di bawah. Angkat siku kiri dan cecah dengan lutut kanan kemudian angkat siku kanan dan cecah siku kiri perlahan-lahan dan naikkan semula perlahan-lahan sebanyak 8 kali. Kemudian rehat selama 25 saat.

7. Baring dengan kaki diluruskan dan tangan juga lurus ke belakang. Angkat kaki kanan dan cecah dengan hujung tangan kiri. Turunkan kaki dan tangan perlahan-lahan dan seterusnya angkat kaki kiri pula dan cecah hujung tangan kanan dan turunkan semula perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 12 kali. Kemudian rehat selama 25 saat.

8. Buat posisi seperti dalam gambar di bawah. Dengan kedudukan kaki tidak mencecah lantai, lunjurkan kehadapan perlahan-lahan dan tarik semula perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Kemudian terus mulakan senaman terakhir.

9. Berdiri pegang pinggang dengan kaki dibuka sedikit. Angkat tangan kiri ke posisi seperti dalam gambar di bawah dan turunkan semula perlahan-lahan. Lakukan dengan menggunakan tangan kanan sebanyak 20 kali. Kemudian terus mulakan senaman terakhir.



Find Me Here :
Pilihan Kasut Keselamatan Berkualiti



Pilihan Produk Kegemaran Ramai


