Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Perangkap Cicak Dan Serangga

Dah lama juga saya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan jumlah cicak dalam rumah saya ini. Cicak ni memang binatang yang tak sopan langsung, buang tinja merata-rata sampai naik bosan nak asyik nak kutip bahn kumuh dia aje setiap hari. Kalau seketul dua mungkin boleh lagi. Tapi ni dah makin banyak “Hitam/Putih Di Rumah Ku” bersepah merata tempat.

Biasanya saya akan menggunakan cara lama iaitu dengan melastik cicak itu menggunakan lastik yang dibuat dari getah gelang. Tetapi, lama kelamaan cicak itu dah tahu tentang lastik ni dan lebih berjaga-jga nampaknya bila nampak kelibat saya lalu. Kaluu dulu sampai berdiri betul-betul bawah syiling tempat cicak tu lepak pun dia buat tak tahu aje. Tapi sekarang ni pantang nampak bayang-bayang orang lalu aje terus hilang. Cicak ni dah masuk kelas agagnya. Makin educated cicak zaman moden ni.

Bila dah susah nak cari mangsa dengan melastik ni, saya cuba pula cara paling kuno biasa dibuat masa zaman kecik-kecik dulu. Hambat cicak-cicak ni dengan penyapu lidi. Strategi yang digunakan adalah “Pantau dan Serang”. Kalau saya dah nampak aje kelibat cicak ni dari jauh (saya rasa kene lebih 10m baru cicak ni tak perasan kita), apalagi, jangan tunggu lama-lama nak cari penyapu. Biasanya kalau dalam mood cari cicak ni, penyapu akan diletakkan di satu tempat yang dekat dan mudah di capai (selalunya bahagian tengah rumah la kan, senang nak ambil dari semua arah. Kemudian dengan lari-lari anak sikit, terus ke tempat cicak tu bergayut dan “Nah Ko”…. Kelllepakk…. Disssshhh… Diiisshhhh….

Dapat satu dua ekor untuk satu malam pun jadilah kan, asalkan bilangannya berkurangan. Rasanya species ni macam tak pupus-pupus pun dari zaman kecik. Makin bertambah ada la. Selain itu, memburu cicak ni besar pahalanya di sisi agama dan merupakan “Sunnah Nabi” kerana kita dapat pahala dengan menghindarkan / menghalang cicak-cicak ni dari membuang tija / najis yang kotor di merata rumah kita.

Kadang-kadang ada cicak yang pandai. Baru dengar bunyi orang datang aje dah hilang. Yang tinggal hanyalah najisnya sahaja. Sakit hati betul dibuatnya. Ada jugak yang dah nampak dari jauh aje terus lari, tak macam dulu sampai boleh aim dekat-dekat dengan lastik. Cicak pun dah makin pandai membuatkan saya ingin mencari jalan bagaimana untuk menangkap cicak-cicak yang semakin banyak duduk dalam ruang rumah.

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda

Trick dan Tip Baru memburu Cicak…!!

Saya gunakan satu produk yang boleh didapati dalam pasaran sekarang ni. Saya menggunakan perangkap lalat untuk memerangkap cicak ni.

Pelekat Lalat

Boleh tahan kuat gam ni, mungkin sama jenis gamnya dengan gam perangkap tikus. Tetapi bezanya gam perangkap tikus lebih tebal berbanding dengan perangkap lalat ni. Sediakan alatan DIY yang digunakan untuk modified / ubah suai sikit supaya boleh digunakan untuk memerangkap cicak. Sediakan gunting dan pita pelekat 2 sisi (double site tape).

Guntingkan pita pelekat 2 sisi sepanjang setengah inci dan lekatkan pada 4 penjuru perangkap lalat. Kemudian boleh la membuka perangkap lalat ni untuk menampakkan gam di dalamnya. sekarang boleh la melekatkan “Perangkap Cicak” ni di mana-mana dinding atau siling yang tempat cicak-cicak ini selalu marking lantai rumah kita dengan najis / tinjanya.

Selalunya saya akan meletakkannya di sebelah petang dan biarkan semalaman. Nanti bila kita tak ada aje, cicak-cicak ini akan memulakan aktivitinya merayap untuk cari makanannya yang terdiri dari serangga-serangga yang selalunya keluar pada waktu malam hari. Esok, boleh la kita tengok hasilnya. Dengan cara ini, saya dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk memburu cicak yang semakin bermaharaja lela dalam rumah.

Sticky Fly Trap

Kalau Tak Pakai Double Tape Pun Boleh…!!

Tawaran Produk Menarik

INILAH HASILNYA….!!!!

Yang besar tu panjangnya 7 inci.

Ice-Watch 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!

Yang kes di bawah ni saya letakkan di gelegar atap tempat cicak-cicak ini ulang alik waktu malam. Saya tak nampak pun dia lalu situ, cuma ada kesan najis di lantai sahaja yang ditinggalkan. Jadi yang sekor ni adalah mangsa keempat dan agak besar (cicak biasa dalam 4 inci aje paling besar) dan bila termasuk ke perangkap, ia meronta dan jatuh ke lantai tapi dah tak dapat bergerak kerana terlekat dengan kesan getah pada badannya.

Selamat Mencuba ya….. 😁

Tangkapan Terkini:

Boleh juga buat perangkap tikus cencorot yang kecil. Letak umpan keropok ikan di tengah-tengah dan pasang perangkap atas lantai.

Beberapa Pilihan Perangkap dan Penghalau Serangga

Penghalau Tikus Dan Serangga Popular

100% produk baru dan berkualiti tinggi. Alat ultrasonik ini boleh bertindak ke atas pendengaran dan sistem saraf segala jenis tikus dan serangga. Ia membuatkan mereka tidak tenang dan tidak selesa dan memaksa mereka meninggalkan rumah anda. Ia berkesan untuk kawasan berkeluasan 100~150 Meter Persegi.

Produk ini digunakan secara meluas di rumah, gudang, kedai, hotel, hospital, pejabat, bilik, taman, hotel, dll. Frekuensi ultrasonik yang dihantar dari alat ini tidak dapat didengari oleh manusia dan haiwan peliharaan. Ia benar-benar selamat untuk kanak-kanak, keluarga dan haiwan peliharaan. Apa yang anda perlu lakukan ialah pasangkannya dan ia akan mula berfungsi.

Ralat RSS: WP HTTP Error: Too many redirects

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda

Cari Saya Di Sini :

Pakaian Kasual Yang Berkualiti

Lain-Lain Yang Menarik:

10 Cara DIY Basikal Menjimatkan

10 Alatan Menanam Pokok & Berkebun

11 Peralatan Elektrik Menarik

11 Alatan Dapur Menarik

Bayar Bil Guna Touch N Go

Beli Online Guna Touch N Go

Menderma Guna Touch N Go

Atasi Masalah Berdengkur

Cara Menghalang Ular Datang

Penutup Longkang Ringan

Mesen Urutan Kaki Terbaik

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda



Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

3 thoughts on “Perangkap Cicak Dan Serangga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: