Cara Membeli Di App Lazada Menggunakan E-Wallet “Touch N Go”

Advertisement:

Terlebih dahulu anda perlulah DOWNLOAD App Lazada untuk membolehkan anda mengakses berjuta-juta barangan yang dijual di platform membeli-belah itu.

Anda juga haruslah mempunyai Akaun Bank yang telah diaktifkan untuk membuat urusniaga dalam talian (online transactiaon). Sekiranya anda belum aktifkannya, anda cuma perlu pergi ke cawangan bank berdekatan untuk mengaktifkannya dengan mendapatkan KOD PENGAKTIFAN. Kod pengaktifan akaun bank anda boleh diperolehi di dalam perkhidmatan ATM dengan mendaftar diruangan Urusan Dalam Talian (Online). KOD PENGAKTIFAN ini anda akan gunakan semasa LOGIN di halaman sesawang bank anda untuk mengaktifkan akaun anda bagi urusan dalam talian (Online Transaction).

Advertisement:

Langkah 1 :

Setelah masuk ke Halaman Utama, tekan ruangan “Search atau Carian”. Taipkan jenis barangan yang anda ingin cari. Anda akan masuk ke ruangan pilihan barangan yang berbagai-bagai jenis dan jenama. Sekiranya anda telah tahu jenama yang anda inginkan, taipkan jenama barangan itu dan anda akan diberikan pilihan untuk jenama yang anda inginkan sahaja.

Advertisement:

Super Tough Smart Watch
Super Tough Smart Watch
Mosquito Traper

Langkah 2 :

Pilih barangan yang anda inginkan dan anda akan masuk ke ruangan barangan yang anda pilih itu.

Langkah 3 :

Di halaman ini, anda akan dapat memperolehi maklumat tentang barangan itu serta anda juga akan dapat melihat komen-komen dari pembeli yang telah membelinya. Anda akan dapat melihat PENILAIAN PENGGUNA yang akan memberikan nilai Bintang pada barangan tersebut dari Nilai 1 Bintang ke Nilai 5 Bintang.

Advertisement:

Langkah 4 :

Klik butang “PRODUCT DETAIL atau BERKENAAN PRODUK” dan anda akan masuk ke ruangan maklumat yang lebih terperinci lagi berkenaan produk itu. Klik Butang “VIEW ALL atau LIHAT SEMUA” untuk melihat gambaran keseluruhan berkenaan produk.

Advertisement:

Langkah 5 :

Setelah berpuas hati, sekiranya anda hanya membeli satu (1) barangan sahaja, tekan butang “BUY NOW atau BELI SEKARANG” dan anda akan ke halaman pembayaran. Sekiranya anda ingin membeli lebih dari satu barangan, tekan butang “ADD TO CART atau MASUKKAN DALAM TROLI” dan anda akan dapati butang troli di sebelah atas skrin anda akan mempunyai jumlah barangan yang telah dimasukkan ke dalam troli anda. Tekan butang troli itu setelah habis membuat pilihan dan anda akan masuk ke halaman pembayaran. Semak pemilihan barangan anda dan kemudian tekan butang “BUY NOW atau BELI SEKARANG”.

Langkah 6 :

Di halaman pembayaran ini, cek dengan teliti barangan yang anda telah pilih itu sekali lagi dari segi jumlah, saiz dan warna. Setelah berpuas hati, tekan butang “BUY NOW atau BELI SEKARANG”. Kemudian anda akan masuk keruangan Penghantaran.

Advertisement:

Advertisement:

Langkah 7 :

Di ruangan Penghantaran ini, masukkan maklumat anda untuk penjual membuat penghantaran. Di sini anda akan dapat melihat Caj Penghantaran dan Tempoh Masa Penghantaran. Jangan lupa untuk memasukkan KOD DISKAUN sekiranya ada. Tetapkan cara penghantaran dan tekan butang “PLACE ORDER atau LETAK PESANAN”. Kemudian anda akan masuk ke halaman “SELECT PAYMENT METHOD atau TETAPAN CARA PEMBAYARAN”.

Langkah 8 (Pembayaran Menggunakan Kad Bank) :

Pilih cara anda ingin membuat pembayaran iaitu sama ada menggunakan KAD (sekiranya anda telah mendaftarkan kad anda dengan Lazada), E-WALLET KAD (sekiranya anda telah mendaftarkan kad anda dengan Lazada) atau klik “VIEW MORE PAYMENT METHOD atau CARA PEMBAYARAN YANG LAIN” (sekiranya anda belum mendaftar cara pembayaran dengan Lazada). Tandakan cara pembayaran dan kemudian tekan butang “PAY NOW atau BAYAR SEKARANG”.

Sekiranya anda telah mendaftarkan cara pembayaran, anda akan masuk ke halaman akaun bank anda dan anda perlu memasukkan butiran anda untuk pihak bank memproses bayaran anda. Sekiranya kad anda sah, baki akaun anda akan ditolak dengan jumlah yang telah dinyatakan untuk pembayaran. Sekiranya anda belum mendaftarkan cara pembayaran, anda perlu memasukkan nombor kad anda dan transaksi anda akan disemak oleh sistem untuk membuat pembayaran online. Sekiranya sah, akaun bank anda akan ditolak untuk membuat pembayaran itu.

Advertisement:

Langkah 8 (Pembayaran Menggunakan “Touch N Go eWallet) :

Lebih mudah membuat pembayaran dengan “Touch N Go eWallet” dan sistem akan terus menolak baki yang ada di dalamnya. Klik butang untuk membuat pembayaran menggunakan “Touch N Go eWallet”. Dalam halaman “Touch N Go eWallet”, tandakan kotak untuk menyimpan “Touch N Go eWallet” anda ke dalam Sistem Lazada supaya mudah digunakan untuk masa-masa yang akan datang. Kemudian anda akan masuk ke halaman “Touch N Go eWallet”. Di sini, anda diminta memasukkan butiran tentang akaun “Touch N Go eWallet” anda untuk meneruskan pembayaran. Sistem akan menolak terus baki eWallet anda setelah anda memasukkan nombor kod “Touch N Go eWallet” anda.

Anda boleh mencuba dengan klik pada gambar iklan yang ada di sekitar halaman ini untuk ke Halaman Lazada (terutamanya iklan Jam dan Powerbank). Anda akan terus di bawa ke LANGKAH 3.

Semoga artikal ini dapat membantu anda yang masih ragu-ragu untuk membuat pembelian online kerana terdapat lebih dari sekali klik sebelum duit anda akan ditolak dari jumlah yang ada.

SELAMAT BERSHOPPING ONLINE

Tebus RM50 ePenjana Dengan eWallet Anda

Mulai 31 Julai 2020 sehingga 30 September 2020, pengguna eWallet (Touch N Go, Boost dan GrabPay) boleh menebus RM50 secara kredit melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (ePenjana) melalui Aplikasi masing-masing.

Pengguna juga akan mendapat insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebet, baucar atau mata ganjaran apabila menggunakan perkhidmatan eWallet mereka disepanjang tempoh kempen.

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tahun 2020.
  • Pendapatan kurang dari RM100,000 setahun.

Cara-Cara Memohon:

  • Pastikan anda telah berdaftar dahulu di Aplikasi “MySejahter”.
  • Masuk ke Aplikasi Touch N Go.
  • Klik banner “Claim Your RM50 Here”.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan.
  • Permohonan anda akan diproses dalam masa 5 hari.

>> Dapatkan Kad Touch N Go Anda Sekarang <<

Advertisement:

Dapatkan Kad Touch N Go Anda Sekarang Dan Daftar eWallet Dengan Kad Ini

Hubungi Saya Di Sini :

Advertisement:

Ralat RSS: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received

Advertisement:

Topik Berkaitan :

Advertisement:

Lain-Lain Produk Kesihatan :

Tri-Factor Formula®

Tri-Factor Plus®

RioVida®

Tri-Factor Chewable®

BelleVie®

Glutamine Plus®

GluCoach®

Cardio®

BioEFA®

Pro-TF®

TF Renuvo®

Advertisement:

Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: