Matawang Crypto

Matawang Crypto adalah sejenis aset digital yang diedarkan melalui rangkaian tertentu menjadi medium pertukaran matawang di mana pemilik matawang digital ini boleh menyimpan asetnya di dalam ledger digital di pengkalan datanya dengan menggunakan Cryptography yang kukuh. Jaringan penggunaan matawang ini bersangkutan dengan jumlah komputer yang banyak dengan transaksi yang dilakukan di seluruh dunia.

Ia telah ditemui oleh seorang Cryptographer bernama David Chaum pada tahun 1983 (ecash) dan kemudiannya telah mengembangkan penggunaanya pada tahun 1995 sebagai matawang Digicash. Manakala Bitcoin pula dibangunkan oleh seorang bernama Satoshi Nakamoto pada tahun 2009 dan merupakan matawang digital yang pertama diuruskan oleh sesuatu organisasi.

Matawang Cryptro menjadi popular dan amt mudah digunakan sebagai satu sistem pembayaran dalam dunia digital walaupun dalam satu jumlah yang sangat kecil (1 satoshi = 0.00000001 BTC ~ 0.0006 USD).

Pada tarikh 11 April 2021, harga untuk 1 Bitcoin (BTC) = 60,163.10 USD

Cara Mendapatkan Crypto Pertama Anda

Disebabkan penggunaan transaksi yang mudah dalam dunia digital, ia telah digunakan secara meluas dalam dunia permainan dan perjudian bagi membayar ganjaran kepada para pemenang. Anda perlu ada “Dompet Crypto” di mana anda boleh mendapatkan alamat setiap matawang crypto yang anda minati (ada berpuluh jenis matawang crypto di dalam pasaran) untuk mendapatkan ganjaran crypto anda. Tetapi sekarang penggunaannya telah diperluaskan lagi bagi membuat pembayaran kepada sesiapa sahaja yang melengkapkan sesuatu pekerjaan ringkas di dalam talian dengan bayaran yang berpatutan (melengkapkan kapcha, menonton iklan, melengkapkan tinjauan pemasaran, menyelesaikan soalan kuiz, melombong menggunakan CPU atau GPU dan lain-lain lagi).

BERHATI-HATI…!!!

Seperti mana-mana matawang pun, penipuan tetap berlaku. Pada penilaian saya sendiri, lebih 90% dari halaman yang saya layari untuk menawarkan ganjaran matawang crypto adalah tudak benar. Mereka menawarkan ganjaran lumayan hanya untuk mendapatkan rating tinggi untuk halaman mereka dan apabila diminta untuk membuat pengeluaran, tiada sebarang transaksi pun yang berlaku (anda mungkin akan membuangkan banyak masa berbulan-bulan melayan halaman yang tidak benar itu).

Berhati-hati dengan halaman yang meminta anda membuat pembayaran untuk menggandakan matawang crypto anda kerana anda mungkin akan ditipu. Ada kalanya ia hanya akan membuat pembayaran pertama, kedua atau sehingga yang ke beberapa kali hanya untuk menjerat anda memasukkan nilai yang lebih tinggi. Transaksi pengeluaran tidak akan berlaku lagi apabila nilai yang anda masukkan merupakan target mereka untuk mencuri matawang crypto anda.

Baca Juga Tentang Ini:

  1. Dompet Matawang Crypto
  2. Ganjaran Matawang Crypto
  3. Melombong Matawang Crypto
  4. Pendapatan Matawang Crypto Secara Pasif
  5. Perjalanan Untuk Mendapatkan 1 BTC

Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: