Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Cara Pulangkan Barang Belian Lazada Dan Tuntut Kembali Wang Anda

Ramai di antara kita yang menerima produk yang lain daripada yang dibeli dalam talian. Tidak kurang juga ada yang menerima produk yang telah rosak dan tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Adalah Amat penting untuk membeli hanya produk yang mempunyai cukup maklumat berkenaanproduk yang diiklankan terutamanya berkenaan jenama, jenis bahan, saiz dan warna. Bayangkan bukan hanya anda sahaja yang menerima salah produk dan tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap kesilapan penjual (kononnya) yang saya kira merupakan sesuatu teknik untuk menghabiskan stok mereka.

Anda boleh mendapatkan semula wang anda dengan membuat tuntutan kembali kepada wakil penjual halaman jual beli online (customer support) seperti Lazada, Shopee, Amazon, Zalora, Mudah dan lain-lain lagi. Di sini akan diterangkan bagaimana anda boleh buat tuntutan ke halaman jual beli Lazada anda.

Anda perlu memasukkan butiran tentang pemulangan produk seperti sebab pemulangan, komen, gambar produk yang anda ingin pulangkan itu serta kaedah penghantaran semula produk ke gudang. Proses tuntutan anda akan dibatalkan sekiranya anda tidak memasukkan butiran yang dikehendaki. Jangan lupa untuk “semak lokasi drop off” terdekat untuk anda mulakan penghantaran ke gudang dan ianya adalah PERCUMA.

Penting:

Produk mesti sampai ke “Hub Pemulangan Lazada” dalam tempoh 7 hari dari tarikh tuntutan dibuat.

7 Langkah Mudah Untuk Tuntutan Wang Pemulangan Produk Yang Anda Beli Di Lazada

Setelah anda menerima produk yang anda pesan/beli, anda seharusnya buka app atau pergi semula ke halaman jual beli untuk membuat pengesahan penerimaan produk dan seterusnya membuat penilaian terhadap produk yang anda telah beli.

Langkah 1

Tekan “Akan Diterima” untuk anda mengesahkan penerimaan produk yang anda beli. Di halaman seterusnya anda akan dapat lihat produk yang anda telah terima dan tekan butang “Pesanan Diterima” untuk mengesahkan penerimaan produk sekiranya anda telah berpuas hati dengan produk (dalam 7 hari dari tarikh produk sampai). Kemudian akan ada ‘pop up’ untuk mengesahkan penerimaan dengan menekan butang “Sah” dan senarai produk ini akan dipindahkan ke ruangan “Akan Diulas”. Untuk membuat pemulangan, anda perlu menekan butang “Perlukan Bantuan” dan anda akan masuk ke ruangan mesaage Lazada dan boleh terus mengikuti arahan yang tersedia.

Ingat .!!!

Anda tidak boleh melakukan tuntutan pemulangan setelah anda menekan butang “Pesanan Diterima”.

Atau

(bergantung pada update anda)

Langkah 2

Tekan “Akan Diulas” dan akan masuk ke halaman produk yang anda telah terima untuk anda ulas atau pun membuat pemulangan. Tekan “Return/Refund” untuk memulakan proses pemulangan produk dan tuntut kembali wang belian anda.

Langkah 3

Terlebih dahulu anda perlu membaca cara pemulangannya terlebih dahulu untuk melancarkan proses pemulangan dibuat. Setelah habis membacanya, tekan butang “I know how to return now!”.

Langkah 4

Seterusnya anda perlu nyatakan sebab pemulangan dibuat dengan klik butang yang tersedia. Pilih salah satu sebab yang tersedia dengan klik pada check list yang diberikan seterusnya tekan butang “Pilih”.

Langkah 5

Seterusnya anda perlu masukkan komen berkenaan produk yang anda ingin pulangkan itu. Kemudian anda perlu klik butang “Muat Naik Gambar” untuk memuat naik gambar produk yang anda telah ambil dengan smartphone anda (gambar yang berkaitan dengan sebab pemulangan).

Langkah 6

Langkah seterusnya anda perlu memilih cara penghantaran produk ke “Hub Pemulangan Lazada” menggunakan Perkhidmatan Penghantaran yang terpilih bersesuaian/berdekatan dengan anda. Klik butang “Semak Lokasi Drop Off” untuk melihat dalam peta lokasi Perkhidmatan Penghantaran yang berhampiran. Bungkusan produk yang anda ingin pulangkan itu hendaklah dihantar kepada Perkhidmatan Penghantaran pada hari ke-2 dari tarikh tuntutan dibuat kerana ia memerlukan masa untuk sampai ke “Hub Pemulangan Lazada”.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan Google Maps, Apple Maps atau Waze yang tersedia dalam halaman “Semak Lokasi Drop Off” untuk pergi ke lokasi Perkhidmatan Penghantaran pilihan.

Langkah 7

Akhir sekali tekan butang “Hantar” setelah semua maklumat pemulangan telah diisi. Pastikan sekali lagi kesemua butiran yang anda telah masukkan sebelum anda menekan butang ini. Kemudian anda akan masuk kehalaman butiran maklumat penghantaran yang anda perlu tunjukkan kepada Perkhidmatan Penghantaran semasa anda berurusan nanti untuk mendapatkan “Perkhidmatan Percuma Pemulangan Lazada”.

Find Me Here:

Produk Penutup Mata Pilihan

Ralat RSS: WP HTTP Error: Too many redirects

ICE-WATCH 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda

Pilihan Produk Kegemaran Ramai

Lain-Lain Yang Menarik:

10 Cara DIY Basikal Menjimatkan

10 Alatan Menanam Pokok & Berkebun

11 Peralatan Elektrik Menarik

11 Alatan Dapur Menarik

Beli Online Guna Touch N Go

Menderma Guna Touch N Go

Cara Atasi Masalah Berdengkur

Cara Menghalau Cicak, Serangga Dan Tikus

Cara Menghalang Ular Datang

Penutup Longkang Ringan

Pilihan Kasut Keselamatan Untuk Anda



Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: