Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

9 Cara Untuk Bilik Yang Kemas (Penyelesaian Bilik Berselerak)

Kekemasan bilik adalah penting untuk kehidupan yang lebih sihat dan teratur. Bilik yang berselerak akan menyebabkan kekotoran akan terkumpul di sudut atau kawasan tertentu dalam bilik. Ini akan mengumdang berbagai-bagai masalah.

Bilik yang kemas dan teratur membolehkan kita mudah untuk bergerak dan ia juga senang untuk dibersihkan. Susunan barangan peribadi di tempat yang teratur akan memudahkan kita untuk mencarinya apabila diperlukan.

Pakaian pula hendaklah sentiasa tersusun di dalam almari sama ada dilipat ataupun digantung. Baju kotor pula tidak dibiarkan berselerak malahan hendaklah terus diletak dalam bakul pakaian kotor yang perlu ada di tempat berdekatan mesin pencuci.

Di sini akan dinyatakan perkara yang anda perlu ada untuk memastikan bilik anda sentiasa dalam keadaan yang bersih dan teratur.

1. Penyangkut Jaket.

Biasanya ia diletakkan di belakang pintu untuk menyangkut jaket, topi atau tudung yang selalunya dipakai dalam keadaan tertentu. Sekiranya tidak kotor, bolehlah disangkut dan digunakan semula pada waktu lain. Terdapat juga jenis yang bertiang seperti yang digunakan dalam rumah moden.

2. Rak Buku.

Bagi mereka yang mempunyai hobi membaca buku-buku seperti majalah dan novel sudah tentu mempunyai koleksi buku yang banyak. Susun buku di rak buku akan menjadikan bilik anda lebih kemas dan rapi.

3. Bakul Barang.

Semakin hari kita’akan mempunyai koleksi barangan yang disukai akan menjadi semakin banyak. Simpan barangan yang tidak berapa popular di dalam bakul atau kotak yang sesuai. Asingkan barang-barang itu mengikut jenis supaya mudah untuk kita mencarinya apabila diperlukan.

4. Bakul Sampah.

Sediakan bakul sampah yang sesuai dengan bilik untuk sampah-sampah yang kering sahaja seperti kertas dan pembungkus makanan ringan.

5. Meja Yang Sesuai.

Meja amat penting bagi meletakkan barangan harian yang penting dan selalu digunakan. Pilih meja yang sesuai dengan saiz ukuran yang tidak mengganggu kita bergerak.

6. Kotak/Bekas Aksesori.

Jam tangan, gelang, cincin, klip rambut dan macam-macam lagi aksesori perlulah diletakkan dalam bekas untuk lebih tersusun.

7. Wayar Tambahan (Extension).

Wayar plug tambahan perlu ada untuk diletakkan berdekatan dengan meja. Cara ini membolehkan kita meletakkan meja di tempat yang lebih sesuai dalam bilik.

8. Stesen Pengecas Gadget.

Stesen pengecas ini amat sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai banyak gadget yang memerlukan pengecasan. Oleh itu gadget tidaklah diletakkan merata untuk mengecasnya.

9. Bekas Kabel Smartphone.

Selalunya kabel pengecas gadjet yang panjang akan menyerabutkan keadaan. Oleh itu, dengan adanya bekas kabel pengecas akan melilit kabel yang panjang itu untuk kelihatan lebih kemas.

Produk Menarik Untuk Anda:

ICE-WATCH 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!

11 Peralatan dan Perkakasan Dapur Terbaik

11 Peralatan Elektrik Mesti Anda Miliki

Cara Membeli Di App Lazada Menggunakan TnG Wallet

Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: