Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

7 Cara Untuk Rumah Yang Lebih Teratur dan Tersusun

Selain daripada kebersihan rumah, keadaan rumah yang tersusun dan teratur memberikan aura positif kepada penghuninya. Rasa selesa dan damai akan mengurangkan tekanan seharian bekerja. Oleh itu kita perlu menguruskannya dengan cara yang betul.

Keadaan selesa ini akan membangkitkan lagi kemesraan di antara ahli keluarga yang lain. Keadaan rumah yang serabut, berselerak dan kotor akan memberikan aura negatif kepada penghuninya dan ini tidak berapa bagus untuk kehidupan berkeluarga.

Di sini akan dinyatakan beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk menguruskan rumah dengan lebih baik.

1. Almari atau Rak Kasut.

Kasut hendaklah sentiasa diletakkan di dalam rak atau almari kasut agar tidak berselerak di sekitar kawasan pintu rumah anda.

2. Bakul Pakaian Kotor.

Pakaian yang sudah kotor tidak dibiarkan bersepah di dalam bilik. Ia harus terus dikumpulkan dalam bakul pakaian kotor yang diletakkan berdekatan dengan mesin basuh.

3. Penyidai Baju (Ampaian).

Bagi rumah di kawasan bandar, adalah amat perlukan jenis ampaian yang mudah digerakkan dan dilipat. Jadi, apabila tiada pakaian yang dijemur bolehlah ampaian itu disimpan. Dengan itu,ruang beranda anda akan kelihatan lebih kemas lagi.

4. Rak Perhiasan Bertingkat.

Kita akan mempunyai koleksi perhiasan yang banyak atau gambar keluarga yang boleh menghiasi ruangan rumah. Cara menyusun di rak bertingkat akan menjadikan ruangan rumah kelihatan lebih menatik dan kemas.

5. Penyangkut Kunci.

Biasanya kita akan mempunyai beberapa kalung kunci dan adalah lebih baik ditempatkan pada satu tempat yang memudahkan kita mencarinya apabila perlu. Lebih mudah sekiranya kalungan kunci itu digantung di ruangan pintu utama. Terdapat berbagai-bagai jenis penyangkut kunci yang menarik terdapat dalam pasaran.

6. Tempat Letak Payung.

Setiap rumah biasanya mempunyai 2 ke 3 batang payung untuk digunakan. Lebih mudah dan kemas sekiranya kita menyediakan tempat letak payung di ruangan beranda rumah. Tetamu yang datang membawa payung juga boleh meletakkannya di situ berbanding diletakkan bersepah sahaja.

7. Tempat Sangkut Jaket/Topi.

Kebanyakan rumah moden mempunyai ruangan setor yang kecil selalunya terdapat di kawasan berdekatan dengan tangga. Anda boleh meletakkan cangkuk penyangkut di belakang pintu bagi meletakkan jaket, baju hujan atau topi di situ.

Produk Menarik Untuk Anda:

ICE-WATCH 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!

11 Peralatan dan Perkakasan Dapur Terbaik

11 Peralatan Elektrik Mesti Anda Miliki

Cara Membeli Di App Lazada Menggunakan TnG Wallet

Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: