Bilik air dan tandas adalah kawasan yang senang untuk menjadi kotor terutamanya dengan pertumbuhan kulat dan lumut. Ia perlu selalu dicuci setidak-tidaknya sekali seminggu bagi memastikan kebersihan bilik air.
Selain kebersihan, faktor lain yang perlu diambil kira adalah mengenai susunan barang-barang dan aksesori bilik air bagi menjadikan bilik air lebih kelihatan kemas dan teratur. Ini akan memudahkan anda mencuci bilik air yang tidak terganggu dengan barang-barang yang bersepah.
Di sini disarankan beberapa cara bagaimana anda boleh menjadikan bilik air rumah anda menjadi lebih kemas dan teratur.

1. Kabinet Tuala.
Pilih almari yang sesuai dengan ruang hadapan bilik air. Selain daripada menyimpan tuala, ia boleh juga digunakan untuk menyimpan barang-barang keperluan bilik air yang lain.


2. Tempat Sidai Tuala.
Penyidai tuala perlu ada untuk mengeringkan tuala selepas mandi. Terdapat jenis yang berdiri dan juga yang dilekatkan pada dinding. Jenis yang berdiri selalunya diletakkan di ruang hadapan bilik air atau di dalam bilik. Manakala jenis yang lekat di dinding diletakkan di dalam bilik air.


3. Rak Berus Gigi.
Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai rak tempat letak ubat gigi dan berus gigi berbanding dengan diletakkan di atas sink sahaja. Ia akan menjadikan bilik air anda kelihatan lebih kemas.

4. Rak Sabun Mandi dan Shampoo.
Daripada anda meletakkan sahaja botol-botol sabun mandi dan shampoo di atas lantai, adalah lebih baik sekiranya diletakkan di atas rak yang sesuai.


5. Penyangkut Kain Pengelap.
Kain pengelap tangan ini biasanya diletakkan di sebelah sinky anda supaya mudah untuk digunakan setelah mencuci tangan.

6. Rak Sabun Pencuci.
Rak ini biasanya terletak di bilik air berdekatan dengan mesin basuh baju. Ia sangat sesuai untuk meletakkan berbagai-bagai jenis pencuci dan juga berus.

7. Bekas Berus Pencuci Tandas.
Terdapat berbagai-bagai jenis berus dari yang sederhana keras sehinggalah berus dawai yang keras. Letakkan dalam satu bekas berus untuk kekemasan bilik air anda.

Produk Menarik Untuk Anda

ICE-WATCH 100% Belgium Movement
