Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

8 Cara Untuk Dapur Yang Lebih Kemas

Deco dapur yang cantik adalah satu kredit kepada rumah anda. Ini akan membuatkan kita lebih suka untuk mengisi masa terluang di dapur untuk memasakkan makanan kegemaran keluarga tersayang selain daripada memasak masakan harian.

Dapur merupakan satu tempat yang penting dalam rumah dan perlu diuruskan dengan baik agar sentiasa berfungsi dengan sempurna. Selain daripada kebersihan, susun atur kelengkapan dapur juga perlu dilakukan dengan betul agar kerja dapur dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna.

Di sini disediakan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk dapur yang teratur, sistematik dan kemas.

1. Kabinet Dapur.

Kabinet moden biasanya terus dilekatkan pada dinding. Bentuk klasik dengan bahan dan aksesori moden juga masih menjadi pilihan ramai orang kerana mudah dialihkan mengikut citarasa pengguna. Ia juga akan memberikan suasana baharu apabila diubah kedudukannya.

2. Rak Dapur.

Rak dapur penting untuk meletakkan barang-barang keperluan dapur yang besar seperti periuk dan mangkuk yang besar. Ia juga sesuai untuk meletakkan alatan elektrik seperti periuk nasi elektrik, cerek elektrik, oven, pembakar roti dan lain-lain lagi.

3. Rak Pengering Pinggan.

Terdapat pelbagai bentuk rak pengering terdapat di pasaran. Penggunaan rak pengering bertingkat dapat menjimatkan penggunaan ruang dapur. Anda boleh mendapatkan bentuk yang lebih praktikal seperti rak pengering yang ditunjukkan di bawah.

4. Rak Rempah Bertingkat.

Dapur tidak akan lengkap tanpa rempah ratus. Susun rempah ratus di dalam botol yang sama bentuknya di tempat rak rempah ratus akan menjadikan dapur anda lebih kemas dan teratur.

5. Balang Kopi, Teh dan Gula.

Kopi, teh dan gula adalah bahan-bahan penting untuk membuat minuman harian. Letakkan dalam balang yang sama bentuknya membuat dapur kelihatan lebih kemas dan teratur. Ada juga terdapat balang yang telah ditandakan dengan bahan-bahan tersebut membuatnya lebih menarik dan praktikal.

6. Tempat Letak Pisau.

Pisau hendaklah diletakkan di rak khas untuk memudahkan anda mengambilnya apabila diperlukan semasa memasak. Rak pisau ini juga membuatkan dapur anda lebih kemas dan teratur.

7. Tempat Letak Cawan.

Setiap rumah mesti mempunyai cawan yang akan digunakan untuk waktu sarapan dan minum petang. Ia akan kelihatan lebih kemas sekiranya diletakkan dalam tempat gantung cawan yang menarik di atas meja anda.

8. Tempat Letak Gelas.

Gelas hendaklah diletakkan di dalam tempat gelas sama ada di dalam kabinet dapur atau di rak khas untuk dapur yang lebih kemas dan teratur.

Produk Menarik Untuk Anda

ICE-WATCH 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!

11 Peralatan dan Perkakasan Dapur Terbaik

11 Peralatan Elektrik Mesti Anda Miliki

Cara Membeli Di App Lazada Menggunakan TnG Wallet

Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: