Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Taman Kecil Di Rumah Bandar

Apabila anda tinggal di pangsapuri kecil seperti saya, anda menggunakan mana-mana ruang di bahagian luar (balkoni) sebagai ruangan tambahan rumah anda. Salah satu perkara yang menarik perhatian saya untuk apartmen ini ialah kemasan balkoni jenis “Juliet” yang kecil dan comel di luar ruang tamu.

Selepas bertahun-tahun tinggal di pangsapuri yang tidak mempunyai ruang kediaman yang luas, saya mengambil peluang untuk menggunaian bahagian luar (balkoni) yang boleh saya panggil ruangan peribadi (untuk santai dan berehat). Walaupun ruangnya kecil, saya telah menjadikan setiap kaki persegi berfungsi dengan mencipta ruang tempat duduk untuk dua orang dan menanam tanaman jenis menegak.

Adakah anda mempunyai ruang luar yang ingin anda manfaatkan sepenuhnya? Berikut ialah beberapa petua untuk mengubah ruang kecil anda menjadi oasis luar:

Benih Rumput Golf

Town House

Mempunyai ruang halaman yang kecil tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan ruang tersebut. Ini suatu pembaziran ruangan. Pemilik rumah bandar boleh menggunakan lampu tanglung bulat dan lampu hiasan moden yang cantik untuk mencipta ruang makan yang selesa.

Climbing Trellis

Halaman kecil di rumah pereka dalaman Helen Green terdiri daripada sentuhan ringkas tetapi elegan. Trellis bunga ros, bekas air bertiang dan tumbuh-tumbuhan yang diletakkan dalam pelbagai bekas yang dibuat daripada peti kayu, bakul rotan dan juga menggunakan botol susu piuter.

Pelan Terbuka

Pintu jenis dua lipatan penuh mewujudkan pertemuan dalaman dan luaran yang menarik di rumah bandar jenis abad kesembilan belas ini. Ia menggunakan lantai yang mempunyai tona yang serupa dengan ruang tamu untuk mendapat kesan ruang yang berterusan – ini merupakan teknik pintar bermain dengan warna yang dapat mencipta ilusi ruang.

Rumput Tiruan (Artificial Grass)

Practical Magic

Cara ini adalah menggunakan setiap ruangan yang kecil dengan mempertimbangkan bagaimana setiap inci boleh berfungsi secara praktikal. Di sini, tempat terlindung menyediakan ruang makan yang sempurna (kerana selalunya, apabila makan malam di kawasan terbuka boleh diganggu oleh hujan) dan balkoni jenis “Juliet” menawarkan sokongan dengan menggunakan kerusi buaian rotan.

Taman Moden

Hartanah jenis ini telah diberi pengubahsuaian dalaman moden dan taman itu direka bentuk untuk mencerminkan zaman kemodenan. Garisan formal digabungkan dengan bahan kontemporari seperti kaca dan keluli tahan karat. Seterusnya menggunakan rumput penyelenggaraan rendah atau rumput menggunakan rumput tiruan.

Garisan Jelas

Taman bandar ini sedia untuk pesta keluarga. Barbeku yang ditempah khas terletak di aras bawah, berhampiran dapur, manakala tingkat atas menampilkan pendiangan bersalut basalt dan tempat duduk lounge yang selesa. Gabungan lantai kayu keras, garisan perabot yang bersih dan lampu pencahayaan buatan Itali memberikan ruang suasana kontemporari.

Pilihan rumput hidup yang rendah kos penyelenggaraannya.

Disebabkan rumput akan mati sekiranya mengambil tempoh yang lama untuk sampai kepada pembeli disebabkan jarak yang jauh dari penjual, maka saya berikan beberapa lokasi yang memudahkan penghantarannya.

Pengedar Kawasan Pantai Barat Semenanjung

Rumput jenis ini hanya melebar sahaja dan tidak panjang-panjang.

Rumput jenis ini pula lambat panjang dan hanya menebal sahaja. Sekiranya kerap dipotong akan menghasilkan daun yang lebih kecil dan lebih lambat menebal.

Pengedar Kawasan Pantai Timur Semenanjung

Pengedar Kawasan Utara Semenanjung

Pengedar Kawasan Selatan Semenanjung

Beli Di Shopee


Benih Rumput

Terdapat 6 jenis benih rumput yang anda boleh semai dahulu sebelum dipindahkan (untuk hasil yang optimum).

Rumput Bermuda, rumput Philippines, rumput Lembu, rumput Jepun, rumput Taiwan dan rumput Padang Bola.

Pembeli boleh memilih berapa banyak yang mahu dibeli dengan memilih berat bungkusan yang tersedia (100g, 200g dan 500g).

Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: