
Setiap makanan tambahan yang terdapat di dalam pasaran mengandungi bahan-bahan semulajadi atau diekstrak dari sumber semulajadi untuk dijadikan jus, kapsul, serbuk atau dalam bentuk pil. Keberkesanannya atau kualiti produk bergantung pada sumber yang diperolehi dan juga kualiti dalam pembungkusan sesuatu produk untuk menjamin khasiatnya tidak berkurangan semasa proses pengedaran kepada pelanggan.
“Harga Tidak Menipu Kerana Produk Berkualiti Selalunya Agak Mahal Dari Produk Yang Biasa-Biasa”.

Tidak dinafikan bahawa sesetengah produk amat baik diambil mentah dari sumber asal dan sangat berkhasiat untuk tubuh badan. Tetapi ia amatlah susah untuk diperolehi kerana sumber bahan itu yang berada jauh dari penduduk atau pengguna. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk menjamin kualiti produk yang dibungkus dengan adanya sistem Pengawalan Mutu Produk (Qualitiy Control).
Di sini saya ingin kongsikan khasiat yang terdapat dalam produk kesihatan yang amat saya gemari dan merupakan produk terkini amalan saya. Khasiat ini juga boleh diperolehi dalam produk kesihatan yang lain cuma bezanya adalah KUALITI PRODUK dan juga JUMLAH yang digunakan dalam setiap pembungkusan itu.


