Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Cara Membayar Bil Air Dan Electrik Menggunakan Touch N Go E-Wallet

Adakah anda seorang pengguna Touch N Go smart-Tag Card untuk membayar tol di lebuhraya..? Sekiranya anda belum mempunyai kad Touch N Go, boleh la dapatkannya sekarang. Ia bukan sahaja dapat digunakan untuk membayar tol malah ada banyak lagi kegunaannya seperti perkhidmatan e-wallet, bayar parking, bayar bil dan banyak lagi.

Terlebih dahulu anda perlulah DOWNLOAD App Touch N Go eWallet untuk membolehkan anda mengakses perkhidmatan yang ditawarkan.

Anda juga haruslah mempunyai Akaun Bank yang telah diaktifkan untuk membuat urusniaga dalam talian (online transactiaon). Sekiranya anda belum aktifkannya, anda cuma perlu pergi ke cawangan bank berdekatan untuk mengaktifkannya dengan mendapatkan KOD PENGAKTIFAN. Kod pengaktifan akaun bank anda boleh diperolehi di dalam perkhidmatan ATM dengan mendaftar diruangan Urusan Dalam Talian (Online). KOD PENGAKTIFAN ini anda akan gunakan semasa LOGIN di halaman sesawang bank anda untuk mengaktifkan akaun anda bagi urusan dalam talian (Online Transaction).

Langkah 1 :

Masukkan butir-butir peribadi anda untuk mengaktifkan eWallet seperti Nama, Gambar Profile, Alamat Rumah, Alamat Email, Nombor Talipon dan Akaun Bank. Anda akan diminta untuk membuat Kod Keselamatan 6 Digit bagi keselamatan setiap transaksi (PENTING). Setelah masuk ke Halaman Utama dan anda akan dapati berbagai perkhidmatan yang ditawarkan. Setelah anda telah membuat pengesahan email (di halaman email anda), kini akaun anda telah diaktifkan dan anda boleh membuat pemindahan wang ke eWallet anda dengan menekan butang “Reload Balance” (anda akan diminta untuk memasukkan Kod Keselamatan di akhir transaksi pemindahan wang).

Dengan Menggunakan eWallet ini, anda tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk membuat pembayaran (jimat masa, minyak dan wang anda). Berikut adalah perkhidmatan yang selalu kita buat pada kekerapan setiap hari dan sebulan sekali bagi membayar bil.

  1. Membeli-belah di kedai atau pasaraya yang ada menawarkan perkhidmatan Touch N Go eWallet (Touch N Go Groceries Outlet).
  2. Membayar tol menggunakan Kad Touch N Go.
  3. Membayar tempat letak kenderaan (Parking).
  4. Membeli Top-up prepaid talifon pintar anda.
  5. Membayar bil talifon anda (postpaid).
  6. Membayar bil Astro, Unifi, air, elektrik, Ansuran Court dan PTPTN.

Langkah 2 :

Bagi pembayaran bil, klik butang “Bills” (bertanda nombor 6).

Langkah 3 :

Di halaman ini, anda akan dapat lihat pilihan bayaran bil yang anda ingin lakukan. Contoh, klik butang Air Johor sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil air di kawasan negeri Johor. Masukkan Nombor Akaun Bil anda dengan tepat dan jumlah bil anda.

* Periksa betul-betul berulangkali bagi mengelakkan kesilapan.

Dan kemudian tekan butang “Pay Now”.

Ice-Watch 100% Belgium Movement..!!

Jam Tangan Generasi Baru…!!

Langkah 4 :

Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan 6 Digit Kod Keselamatan (yang telah dibuat semasa mengaktifkan kaedah pembayaran semasa mendaftar akaun bank anda). Akhir sekali tekan butang “Done”.

Produk Menarik Untuk Anda

Langkah 5 :

Setelah itu, anda akan keruangan berkenaan urus niaga yang anda telah lakukan “Statement” dan anda perlu muat turunnya ke peranti anda (atau Screen Shot) bagi tujuan rujukan pada masa akan datang sekiranya berlaku apa-apa masalah berkenaan pembayaran anda.

– Selesai –

SELAMAT MENCUBA UNTUK MEMBAYAR BIL ONLINE ANDA

>> Dapatkan Kad Touch N Go Anda Sekarang <<

Hubungi Saya Di Sini :

Pencuci Serbaguna Buatan Malaysia Yang Mesra Alam

Ralat RSS: WP HTTP Error: Too many redirects

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda

Pilih Produk Menarik:

Lain-Lain Yang Menarik:

10 Cara DIY Basikal Menjimatkan

10 Alatan Menanam Pokok & Berkebun

11 Peralatan Elektrik Menarik

11 Alatan Dapur Menarik

Beli Online Guna Touch N Go

Menderma Guna Touch N Go

Cara Atasi Masalah Berdengkur

Cara Menghalau Cicak, Serangga Dan Tikus

Cara Menghalang Ular Datang

Penutup Longkang Ringan

Mesen Urutan Kaki Terbaik

Pilihan Kasut Keselamatan Untuk Anda



Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: