11 Peralatan Dan Perkakasan Dapur Yang Terkini Dan Terbaik

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Bagi memenuhi keperluan dan kehendah pengguna, banyak pengeluar barangan dapur telah membuat peralatan yang lebih canggih dan sesuai dengan suasana zaman moden. Kualiti produk juga adalah lebih baik dengan penggunaan bahan yang lebih ringan dan tahan lama. Fokus utama pengeluar produk barangan dapur adalah bagi memudahkan lagi kerja-kerja memasak dan memproses makanan dengan lebih menjimatkan masa dan tenaga seperti Bekas Gula/Garam/Rempah yang menarik.

Setelah meneliti beratus-ratus produk perkakasan dan peralatan dapur, 11 produk telah menarik minat ramai pembeli untuk memilikinya.

1. Alat Pembuka Tin

Ianya boleh digunakan oleh pengguna yang kidal juga (left-hander). Mempunyai pemegang yang amat selesa bagi memastikan cengkaman yang selesa semesa digunakan. Direka untuk memudahkan kerja membuka tin.

2. Pengasah Pisau Moden

Dilengkapi dengan pemegang getah yang ergonomik dengan mata pengasah berlian. Reka bentuk anggun dan sesuai digunakan untuk semua jenis pisau. Tapak yang menggunakan bahan kalis licin untuk penggunaan yang lebih stabil dan selamat. Menjadikan pisau dan gunting yang tumpul menjadi seperti baru setelah menariknya ke dalam alat ini dalam satu arah sebanyak 3 ke 4 kali sahaja.

3. Alat Pencabut Biji Jagung

Memotong biji jagung dengan mudah dan disediakan sekali dengan bekas bagi mengelakkan biji jagung bertabur. Ianya mudah sekali dikendalikan dengan hanya menekan sahaja alat ini ke bawah dan biji jagung akan tercabut dari batangnya.

4. Alat Pemotong Mentega dan Keju

Teknik yang digunakan adalah tradisional cuma menggunakan bahan besi berkualiti yang tahan karat dan mudah dibersihkan berbanding dengan alat yang sebelumnya yang diperbuat daripada kayu.

5. Pisau Penyapu Mentega

Bilah pisau yang lain dari yang biasa. Direka khas bagi memudahkan anda menyapu mentega yang baru dikeluarkan dari peti ais anda. Kini anda tidak lagi merosakkan roti ketika menyapu mentega untuk sarapan anda.

6. Pemotong Mentega Moden

Anda dapat menikmati roti mentega anda dengan sekali klik sahaja untuk mendapatkan potongan mentega yang menarik dan pantas.

7. Acuan Air Batu Berlian

Menikmati air buah-buahan atau soda dengan ais yang berbentuk berlian adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Waktu panas anda akan menjadi lebih tenang sambil membaca surat khabar.

8. Alat Buat Karipap

Menikmati karipap (curry puff) pada waktu sarapan atau makan petang adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Dengan menggunakan alat ini, anda dapat menikmatinya dengan lebih mudah lagi. Cuma bulatkan doh kecil-kecil dan leperkan menggunakan alat. Kemudian masukkan inti dan kapitkan juga dengan alat ini. Karipap dibentuk dengan lebih cepat dan sedia untuk di goreng.

9. Penabur Serbuk Gula/Koko

Taburkan sedikit serbuk gula atau koko pada makanan anda untuk menjadikannya lebih lazat. Taburan yang lebih sekata dan terkawal dapat dibuat dengan menggunakan alat ini.

10. Alat Pemotong Tembikai

Dapat memotong tembikai berbagai saiz dengan sekata dan mudah. Ia amat praktikal dan menjimatkan masa dan tenaga anda. Dengan sekali tekan sahaja anda telah dapat memotong sebiji tembikai sekali gus.

11. Pisau Pemotong Tembikai

Memotong tembikai dalam saiz yang kecil untuk anda dan keluarga menikmatinya pada waktu petang. Dapat menjimatkan masa untuk memotong tembikai bagi menghidangkan tetamu yang datang ke rumah anda.

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Ice-Watch 100% Belgium Movement…!

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Jam Tangan Generasi Baru….!!

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Hubungi Saya Di Sini :

Pencuci Serbaguna Buatan Malaysia Mesra Alam

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Lain-Lain Yang Menarik:

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee


Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan