Tips Untuk Membeli Online Guna Smartphone

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Pengalaman membeli di laman internet adalah amat berlainan dengan pengalaman membeli di pusat membeli-belah. Tanpa mengeluarkan tenaga yang banyak, anda akan dapat memilih berbagai-bagai barangan yang ditawarkan dalam halaman internet dan membuat pembayaran dengan amat mudah. Tetapi ramai dikalangan masyarakat masih merasa ragu-ragu untuk membuat pembelian di laman Internet disebabkan urus niaga dilakukan tanpa berjumpa atau melalui jurujual yang biasa kita jumpa di kedai biasa.

Untuk pengetahuan pembaca, apa yang ada dijual di laman Internet adalah dari berbagai jenis penjual sama ada dari syarikat pengeluar, pemborong, peruncit sehinggalah kepada orang perseorangan yang mempunyai keupayaan untuk menjual di laman Internet. Jadi, apa yang pengguna perlu adalah kebijaksanaan sebagai seorang pengguna untuk menilai setiap barangan yang ditawarkan.

Setiap barangan mempunyai nilai yang tersendiri bergantung pada kualiti barangan itu. Dan ada juga penjual menaikkan harga barang terlampau tinggi dan ini memerlukan pengguna meneliti dengan lebih mendalam berkenaan barangan yang dijual itu. Disarankan pembeli membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran secara tergopoh gapah. Ramai yang terlampau cepat membuat pembayaran sehinggakan mereka akan mendapat barang yang tidak seperti disangkakan.

“Bandingkan harga barangan yang anda minati dengan beberapa halaman online yang lain”.

Sekiranya barangan yang biasanya mahal tetapi anda mendapat harga yang murah di laman Internet, buat sedikit siasatan kerana ada sebab kenapa harganya murah secara tiba-tiba. Kadang kala ia adalah barangan TERPAKAI dan kadang-kadang ia adalah barangan GRED RENDAH. Sama seperti membeli barang di kedai biasa, anda akan mendapat pengalaman dari setiap pembelian yang anda beli. Lebih banyak anda membeli, lebih banyaklah anda akan mendapat pengalaman sebagai pengguna untuk menilai setiap barangan yang ditawarkan.

“Baca dengan teliti tentang ciri-ciri barangan yang anda ingin membelinya”.

Setiap barangan yang ditawarkan ada ruangan berkenaan ciri-ciri barangan yang dijual itu. Di situ kita akan dapat maklumat yang penting seperti saiz sebenar, warna, jenis bahan, jenama dan lain-lain lagi. Kadang-kadang pengguna akan dapat tahu kualiti sebenar barangan itu dan dapat menilainya dengan harga yang ditawarkan. Sebaiknya pilih yang asli (di tag Authentic).

“Pilih Dari Seller Yang Dipercayai Mempunyai Rating Yang Baik Dan Produk Yang Berkualiti (Tagging LazMall Adalah Selalunya Dari Store Yang Official)”

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

“Pastikan anda mempunyai kebenaran untuk membuat pembayaran online”.

Pastikan juga anda menghidupkan langkah 2 kali pengesahan log masuk (2 Factor Authentication-2FA) untuk semua eWallet dan laman web bank anda termasuk pengesahan sms bagi setiap pembayaran.

Setelah berpuashati dengan penilaian yang anda telah perolehi tentang barangan yang ingin dibeli itu, pembeli harus mempunyai KAEDAH PEMBAYARAN YANG SAH untuk membuat pembayaran. Terdapat pelbagai cara untuk membuat pembayaran online ini dan kaedah yang biasa digunakan  adalah menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit dari institusi kewangan yang ada. Terlebih dahulu anda perlu pergi ke Institusi Kewangan tertentu kepunyaan anda dan meminta pegawainya untuk mengaktifkan kad anda untuk membuat pembayaran online. Sekarang telah ada kaedah yang lebih mudah lagi untuk membuat pembayaran dengan menggunakan E-WALLET (Touch N Go, Grab Pay, Boost dll) dan boleh juga menggunakan Razer Cash Pay App (Pembayaran Tunai di Seven Eleven dalam tempoh 48 jam).

Ice-Watch 100% Belgium Movement

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Jam Tangan Generasi Baru…!!

Langkah Paling Penting

Setelah membuat pembayaran dan pihak penjual telah memulakan langkah penghantaran barangan yang telah anda pesan. Anda akan dapat melihat (Track) pergerakan bungkusan pos anda dari stesen ke stesen sehinggalah ianya sampai ke tangan anda.

Apabila bungkusan telah sampai, pastikan ianya adalah apa yang anda pesan. Lakukan langkah-langkah di bawah sebagai persediaan sekiranya anda perlu memulangkan barangan yang anda telah beli itu disebabkan kerosakan yang tidak dijangka dari pihak penjual.

  1. Ambil gambar bungkusan yang anda terima itu yang menampakkan 3 sisi bungkusan tersebut.
  2. Ambil gambar dari atas untuk menampakkan butiran penghantaran bungkusan itu.
  3. Ambil gambar lapisan kedua pembungkus (bungkusan yang kedua di dalam bungkusan pos).
  4. Ambil gambar kotak atau bungkusan terakhir sekiranya ada.
  5. Ambil gambar barangan yang anda beli itu.

Kemudian anda akan diminta untuk mengesahkan penerimaan barangan yang anda beli di halaman penjual. Pada masa yang sama, anda juga akan diminta untuk membuat komen dan penilaian tentang penjual. Anda juga boleh upload gambar produk yang anda telah terima itu.

“Jangan membuat pengesahan ini selagi anda tidak mengujinya selama 6 hari dan setelah itu, anda boleh membuat pengesahan sama ada untuk berpuashati atau pun memulangkan barang yang anda beli itu”.

PENTING:

#1

Pantau pakej bungkusan anda setelah berjaya membuat pembayaran. Anda akan menerima email mengenai status pakej bungkusan anda. Anda juga akan mendapat notifikasi daripada app laman pembelian anda tentang status pakej anda itu. Anda akan mendapat butiran terperinci tentang penghantaran itu seperti nombor kod penghantaran, lokasi bungkusan. anggaran tarikh bungkusan sampai, nama syarikat yang melakukan servis penghantaran dan lain-lain lagi.

#2

Sekiranya Anda Tidak Berpuas Hati Dengan Produk Itu, Sila Membuat Permohonan Bayar Balik (Pemulangan Barang) Dengan Menggunakan E-Mail Yang Ditujukan Ke Bahagian Pemulangan Platform Pembelian Anda (Contoh: Lazada, Shopee, AliBaba) Untuk Memudahkan Lagi Proses Tuntutan Tanpa Berurusan Dengan Pejual Produk Itu.

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

#3

Sekiranya Anda Berpuas Hati Dengan Produk Yang Sampai, Jangan Lupa Memberikan Ulasan Positif Tentang Produk Itu Di Ruangan “Akan Diulas” Dengan Memberikan Bintang, Ulasan Ringkas Dan Memuat Naik Gambar Produk Yang Anda Terima Itu.

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Find Me Here :

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Lain-Lain Yang Menarik:

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee


Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

2 thoughts on “Tips Untuk Membeli Online Guna Smartphone

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan