Dalam dunia yang serba moden sekarang ini, kita tidak mempunyai banyak masa di rumah selain dari tempat berehat pada malam hari. Banyak masa digunakan untuk bekerja mencari nafkah di luar. Jadi apa kata anda memiliki alatan elektrik yang serba canggih ini bagi mengurangkan masa anda membuat kerja-kerja di rumah anda. Srlain itu ia dapat menjimatkan tenaga dan memberikan lebih keselesaan dalam hidup berumah tangga seseorang.
Dengan adanya produk-produk alatan elektrik yang disenaraikan di atas, anda mempunyai masa yang berkualiti bersama-sama dengan keluarga anda. Dapatkannya sekarang dengan tawaran harga yang berpatutan…!
Tahukah Anda…!!
Pembelian menggunakan App Smartphone memberikan anda lebih potongan harga dengan pelbagai pulangan tunai dan bonus pembelian.
Ini akan membuatkan tangan-tangan suri rumah keluar urat dibuatnya. Kerja menyental akan memerlukan banyak tenaga dan makan masa yang agak panjang sekiranya tidak menggunakan cara yang betul.
Pernahkah anda mengalami situasi di atas..?? Selalunya terjadi
kalau sambil masak ada macam-macam lagi kerja yang dibuat sehinggakan kita lupa
tengah masak. Bila dah lama-lama sampai terbau hangit barulah sedar tengah
masak lauk kat atas dapur. Bila dah hangit, dah tentu kuali atau periuk
berkerak dan kadang-kadang sampai berarang, habis berasap satu rumah.
Masalah bila periuk/kuali hangus ni bila kita nak membersihkannya
punyalah susah dengan kerak tebal dan melekat kuat. Kene sental pakai berus
dawai berkali-kali dalam masa yang agak lama barulah kotoran akan hilang. Boleh
jadi lenguh tangan dibuatnya.
Kalau
pakai cara lama kuali atau periuk itu akan dipanaskan semula dan diisi air
untuk membuatkan kerak yang ada itu kembang dan lebih mudah untuk dicuci. Ia
akan memerlukan masa yang agak lama dan tenaga yang banyak untuk menghilangkan
kerak yang hangus itu. Ada juga yang menggunakan sabun yang kuat yang boleh
menanggalkan kerak degil tetapi ia agak mahal harganya.
Di sini saya nak kongsikan sedikit tip bagaimana nak menghilangkan
kesan kerak hangus yang degil itu.
7 Cara / Tip Untuk Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali / Periuk
1. Guna Sabun Mandi.
Mula-mula,
potong sabun mandi kepada 4 atau 6 bahagian (bergantung pada saiz kuali atau
periuk/kuali anda) dan rendamkan periuk/kuali dalam besen bersama sabun mandi
itu (1 bahagian untuk luar periuk/kuali dan 1 bahagian untuk dalam
periuk/kuali). Biarkan sabun itu kembang dalam beberapa minit dan larut ke
dalam air. Selepas itu tekan 1 bahagian sabun kepada kerak bahagian luar dan 1
lagi pada kerak di bahagian dalam kuali/periuk itu. Kemudian sental menggunakan
berus periuk dawai dan ulang sehingga bersih.
2. Cuka
Sekiranya
kesan hangus pada periuk/kuali itu tidak berapa tebal, cukuplah menggunakan
campuran cuka dan air dalam nisbah 1 cuka dengan 3 air. Panaskan semula
periuk/kuali itu sehingga ia mendidih dan kacau sehingga kesan hangus itu
tertanggal.
3. Minuman Berkarbonat
Biasanya
menggunakannya untuk kesan hangus disebabkan gula. Rebus menggunakan minuman
berkarbonat dengan api yang perlahan selama lebih kurang 2 jam dan kesan gula
yang hangus akan tertanggal dengan sendiri. Bagi kawasan yang terlalu tebal,
gosokkan menggunakan senduk kayu untuk menolong menanggalkan kesan hangus itu.
Cara ini
memerlukan anda meninggalkan periuk/kuali anda semalaman setelak dilenyekkan
dengan tomato yang tidak terlalu masak. Asid yang terkandung dalam tomato itu
akan meleraikan kesan hangus itu dan menjadikannya lebih mudah untuk disental
menggunakan berus.
5. Garam Kasar
Didihkan
air menggunakan kuali/periuk yang hangus itu dan masukkan garam kasar. Kemudian
kacau sambil menggosiokkan kesan hangus itu menggunakan senduk kayu.
6. Garam dan Limau Nipis
Cara ini
sesuai untuk menghilangkan kesan hangus di bahagian belakang/luar kuali/periuk
anda. Gaul garam dan air limau nipis sehingga mendapat cecair yang pekat dan
sapukan ke bahagian luar periuk/kuali dan biarkan selama 2 jam. Kemudian
letakkan sedikit air dan sental.
7. Cuka Makan bersama Baking Soda
Ianya sesuai untuk menghilangkan kesan hangus pada bahagian dalam periuk/kuali anda. Mula-mula didihkan air di dalam kuali/periuk itu dan kemudian masukkan satu cawan baking soda. Setelah didapati kerak hangus itu sudah mula menjadi lembut, boleh la matikan api dan mula menyentalnya menggunakan sudip kayu bersama-sama dengan span kasar.
Bila selalunya terjadi perkara di atas, mak saya mengambil keputusan menggunakan periuk yang mudah dicuci. Sila klik untuk ke halaman seterusnya (Periuk Anti Calar):
Apabila anda tinggal di pangsapuri kecil seperti saya, anda menggunakan mana-mana ruang di bahagian luar (balkoni) sebagai ruangan tambahan rumah anda. Salah satu perkara yang menarik perhatian saya untuk apartmen ini ialah kemasan balkoni jenis “Juliet” yang kecil dan comel di luar ruang tamu.
Selepas bertahun-tahun tinggal di pangsapuri yang tidak mempunyai ruang kediaman yang luas, saya mengambil peluang untuk menggunaian bahagian luar (balkoni) yang boleh saya panggil ruangan peribadi (untuk santai dan berehat). Walaupun ruangnya kecil, saya telah menjadikan setiap kaki persegi berfungsi dengan mencipta ruang tempat duduk untuk dua orang dan menanam tanaman jenis menegak.
Adakah anda mempunyai ruang luar yang ingin anda manfaatkan sepenuhnya? Berikut ialah beberapa petua untuk mengubah ruang kecil anda menjadi oasis luar:
Mempunyai ruang halaman yang kecil tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan ruang tersebut. Ini suatu pembaziran ruangan. Pemilik rumah bandar boleh menggunakan lampu tanglung bulat dan lampu hiasan moden yang cantik untuk mencipta ruang makan yang selesa.
Climbing Trellis
Halaman kecil di rumah pereka dalaman Helen Green terdiri daripada sentuhan ringkas tetapi elegan. Trellis bunga ros, bekas air bertiang dan tumbuh-tumbuhan yang diletakkan dalam pelbagai bekas yang dibuat daripada peti kayu, bakul rotan dan juga menggunakan botol susu piuter.
Pelan Terbuka
Pintu jenis dua lipatan penuh mewujudkan pertemuan dalaman dan luaran yang menarik di rumah bandar jenis abad kesembilan belas ini. Ia menggunakan lantai yang mempunyai tona yang serupa dengan ruang tamu untuk mendapat kesan ruang yang berterusan – ini merupakan teknik pintar bermain dengan warna yang dapat mencipta ilusi ruang.
Cara ini adalah menggunakan setiap ruangan yang kecil dengan mempertimbangkan bagaimana setiap inci boleh berfungsi secara praktikal. Di sini, tempat terlindung menyediakan ruang makan yang sempurna (kerana selalunya, apabila makan malam di kawasan terbuka boleh diganggu oleh hujan) dan balkoni jenis “Juliet” menawarkan sokongan dengan menggunakan kerusi buaian rotan.
Taman Moden
Hartanah jenis ini telah diberi pengubahsuaian dalaman moden dan taman itu direka bentuk untuk mencerminkan zaman kemodenan. Garisan formal digabungkan dengan bahan kontemporari seperti kaca dan keluli tahan karat. Seterusnya menggunakan rumput penyelenggaraan rendah atau rumput menggunakan rumput tiruan.
Garisan Jelas
Taman bandar ini sedia untuk pesta keluarga. Barbeku yang ditempah khas terletak di aras bawah, berhampiran dapur, manakala tingkat atas menampilkan pendiangan bersalut basalt dan tempat duduk lounge yang selesa. Gabungan lantai kayu keras, garisan perabot yang bersih dan lampu pencahayaan buatan Itali memberikan ruang suasana kontemporari.
Pilihan rumput hidup yang rendah kos penyelenggaraannya.
Disebabkan rumput akan mati sekiranya mengambil tempoh yang lama untuk sampai kepada pembeli disebabkan jarak yang jauh dari penjual, maka saya berikan beberapa lokasi yang memudahkan penghantarannya.
Pengedar Kawasan Pantai Barat Semenanjung
Rumput jenis ini hanya melebar sahaja dan tidak panjang-panjang.
Rumput jenis ini pula lambat panjang dan hanya menebal sahaja. Sekiranya kerap dipotong akan menghasilkan daun yang lebih kecil dan lebih lambat menebal.