Kepada Peminat Basikal MTB – DIY Sangat Menjimatkan

Aktiviti berbasikal merupakan aktiviti hujung minggu yang menarik dilakukan bersama kawan-kawan atau pun keluarga anda semasa hujung minggu. Ia merupakan “trend” terkini untuk warga kota bagi menjaga kesihatan dan meningkatkan kecerdasan badan dengan berbasikal.

Untuk memastikan keadaan basikal anda sentiasa berfungsi pada tahap yang optimum, penjagaan yang teliti diperlukanterutamanya sentiasa membersihkan basikal anda setelah menggunakannya. Ini dapat menghilangkan kotoran seperti tanah dan pasir yang dapat mengurangkan kelancaran fungsi basikal anda terutamanya untuk basikal yang mempunyai gear dan brek cakera (Brake Disk) seperti basikal MTB (Mountain Bike) atau pun basikal pecut (Racing Bike).

Tetapi dalam dunia moden sekarang ini, anda akan dapati penggunaan gear dan brek cakera (Disk Brake) ada dipasang pada basikal biasa dan kanak-kanak juga.

Ramai di antara pengguna basikal gemar untuk membaiki dan menukar aksesori basikal mereka sendiri kerana ini lebih menjimatkan dengan menggunakan Peralatan Khas Membaiki Basikal (Tool Set). Bayangkan anda boleh berjimat banyak kerana boleh memilih sendiri aksesori anda sendiri tanpa kenaikan harga melampau oleh sesetengah penjual di kedai basikal (sehingga lebih separuh dari harga asal). Anda juga tidak perlu membayar upah bagi pemasangan aksesori tersebut (paling kurang pun dalam RM10). Ia tidaklah susah berbanding motosikal sekiranya anda mempunyai hanya beberapa peralatan khas sahaja untuk melakukannya.

Pilihan Tool Set Terbaik:

  • Sesuai untuk mountain bike dan road bike.
  • Mempunyai ramai pembeli yang memberikan komen positif.
  • 6 alat dengan 6 fungsi (lidi tayar, fly wheel, rantai, padel, breket padel dan spanar rantai).
  • 11 dalam 1 muti-function.
  • 4 warna pilihan (Hitam, Biru, Merah dan Gold).
  • Banyak komen positif dari pembeli.
  • Follow kedai untuk potongan harga tambahan.
  • Sesuai dibawa semasa menunggang basikal.
  • Pilihan terbaik pengguna basikal kerana banyak alatan tersedia.
  • Terdapat 2 pilihan (26 pcs dan 44 pcs).
  • Produk baru tersenarai dengan beberapa komen positif.

Di sini merupakan bebrapa tips/kaedah mudah untuk anda berjimat dengan membaiki dan menjaga basikal anda sendiri.

1. Minyakkan Rantai Dengan Minyak Anti-Karat

Rantai perlu diminyakkan dengan minyak rantai anti-karat bagi melancarkan fungsi rantai itu. Minyak rantai akan kering dalam tempoh tertentu bergantung pada kualiti minyak yang digunakan pada rantai basikal elektroplated tersebut. Minyak rantai juga akan berkurangan apabila kita membasuh basikal.

2. Menukar Tayar dan Menampal Tiub Basikal Yang Pancit/Bocor

Selalunya kalau baiki tayar basikal pancit di kedai akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 ke RM30. Tetapi sekiranya anda membaikinya sendiri, anda hanya mengeluarkan belanja hanya sebanyak lebih kurang RM11 (untuk harga tiub dan pita rim). Sekiranya anda hendak menampalnya, kos yang anda akan belanjakan tak sampai RM0.20 untuk sekali tampal.

Longgarkan pad getah dahulu untuk membuka tayar keluar bagi mengelakkan ia tersangkut pada brek itu (tidak perlu bagi brek hydraulic). Buka nut pengunci tayar dikedua-dua bahagian (kiri dan kanan tayar) dan tarik tayar keluar.

Congkel keluar sebelah sahaja getah tepi tayar basikal dengan menggunakan peralatan khas. Kemudian tarik keluar tiub tayar dan boleh la menggantikannya dengan yang baharu atau pun menampal tiub itu menggunakan getah penampal tiub. Anda boleh menggunakan spanar pipih tetapi gunakan dengan lebih berhati-hati ketika memasukkan semula tayar ke dalam rim basikal bagi mengelakkan terkena tiub.

3. Membuka dan Menukar Pengayuh (Bicycle Pedal)

Nak bukak pedal pengayuh ni susah sikit sebab ianya bergerak bebas dan kene tahan sporket baru senang nak buka (menggunakan alatan khas untuk menahan spoket dari bergerak). Boleh juga kalau nak tahan padel bergerak pakai tangan sahaja tetapi susah sikit. Buka pakai spanar dan pusingkan spanar lawan arah jam untuk padel basikal sebelah kanan dan ikut putaran arah jam untuk padel sebelah kiri bagi membukanya (agak ketat). Spray dengan WD40 dahulu bagi memudahkan kerja.

4. Membuka dan Menukar Tempat Duduk

Untuk menukar tempat duduk adalah mudah sahaja. Apa yang anda perlu lakukan hanya melonggarkan skrew/nut yang terdapat betul-betul di bawah tempat duduk (saddle) itu tanpa membuka tiang sokongan tempat duduk. Untuk membuka Tiang Tempat Duduk (seat/saddle Post) pula, anda perlu melonggarkan skrew yang terdapat di bahagian bawah tiang itu. Kalau tempat duduk basikal anda sudah buruk, boleh menggantikan dengan tempat duduk yang baharu atau hanya memasang pembalut tempat duduk yang baharu.

5. Menukar Kabel Brek Dan Gear

Kabel gear dan brek perlu ditukar apabila beberapa benang kabel itu telah terputus bagi memastikan fungsi yang optimum. Menukar kabel ini tidak la begitu susah. Hanya perlu keluarkan (tarik keluar dari hadapan) dan gantikan dengan yang baru Terlebih dahulu perlu tahu kedudukan garisan kabel gear dan brek pada basikal anda.

Diameter saiz kabel brek (5mm) adalah lebih besar berbanding dengan kabel gear (4mm). Bagi kabel brek, anda hanya perlu longgarkan ikatan skrew dan nut pada hujung kabel brek dan kemudian lepaskan dari skrew itu. Sekarang anda hanya perlu tarik keluar dari padel brek di handel basikal anda dan gantikan dengan yang baharu. Pastikan hos kabel dan penutup hujung hos (end cap) tidak beralih.

Bagi kabel gear pula, anda perlu pastikan dahulu yang kabel berada dalam keadaan yang paling kendur. Ini bermakna gear hadapan berada dalam kedudukan yang paling rendah (gear 1) dan gear belakang pula berada dalam kedudukan yang paling tinggi (gear maksima basikal anda). Dengan hanya melonggarkan skrew pengikat kabel gear, anda sudah boleh menariknya keluar perlahan-lahan ke bahagian hadapan (gear shifter) dan gantikan dengan yang baharu. Pastikan hos kabel dan penutup hujung hos (end cap) tidak beralih.

Bagi kabel yang mempunyai pelindung di hujungnya (cable tip) bagi menutup tajamnya, ia perlu dipotong dahulu menggunakan player.

ICE-WATCH 100% Belgium Movement

Jam Tangan Generasi Baru…!!

Gear Hadapan
Gear Belakang

Biasanya padel penarik brek gear dan brek adalah berasingan. Tetapi ada juga pengeluar produk telah mengeluarkan padel penarik gear dan brek dalam satu unit sahaja seperti produk di bawah.

Setelah anda sudah mengetahui cara bagaimana untuk menukar kabel, maka anda boleh juga menukar hos kabel dan penutup hujung kabel (tail cap) kepada warna kegemaran anda. Anda juga boleh memasang hujung kabel yang dipotong dengan klip tutup kabel (end cap) yang bermacam warna.

6. Keselamatan Berbasikal

Lampu keselamatan amat penting apabila anda berbasikal pada waktu malam. Ia juga perlu dihidupkan ketika berbasikal pada waktu hujan agar pengguna jalan raya yang lain akan peka akan kehadiran anda berbasikal. Selain memasang Lampu Keselamatan, anda juga perlu mengenakan kelengkapan keselamatan yang lain seperti topi keledar, sarung tangan, pakaian yang sesuai dan juga kasut yang sesuai.

7. Membuka Handle dan Pelapik Handle Basikal

Pelapik Getah Handle yang telah lama perlu ditukar bagi memastikan cengkaman yang optimum pada tangan ketika berbasikal. Ada juga pengguna akan menukar handle basikal mereka mengikut kesesuaian (mengubah ketinggian handle) atau handle kegemaran mereka yang mempunyai warna dan bahan yang lebih cantik dan berkualiti.

Gambar di atas menunjukkan 5 bahagian atau aksesori yang perlu dibuka dahulu sebelum melonggarkan skrew terakhir yang mengikat handlebar basikal anda. 1 dan 5 dibuka dahulu sebelum melonggarkan dan menarik keluar 2 dan 4. Nombor 3 adalah penyangkut Lampu Suluh LED dan mudah dibuka. Kebanyakan aksesori ini diikat menggunakan skrew “Ellen key”. Putar skrew arah lawan jam untuk melonggarkan dan membukanya.

8. Menukar Getah Brek Basikal (Cantilever Brake)

Tukar getah brek basikal anda yang telah keras disebabkan sudah lama tak tukar. Ini penting untuk keselamatan semasa berbasikal bagi cengkaman brek yang optimum. Getah ini juga perlu dilonggarkan sekiranya anda mahu membuka tayar basikal bagi menukar tayar atau tiub anda agar tidak tersangkut “Cantiliver Brake” itu.

9. Menukar Rantai Basikal

Menukar rantai basikal memerlukan alat khas bagi memotong rantai yang baru mengikut panjang asal rantai basikal anda. Setelah dipotong, anda perlu menyambungkan rantai yang baru itu dengan klip yang telah disediakan sekali.

10. Menukar Pad Brek Hydraulic Basikal (Disk Brake)

Untuk menukar brek pad hidraulik basikal, anda perlu membuka skrew pengikat Set Brek Hidraulik dan keluarkan brek itu. Kemudian keluarkan pad yang lama dan gantikan dengan pad yang baharu.

Brek Hadapan
Brek Belakang

Selain dari menukar pad brek, anda juga boleh menukar Omboh Brek Hidraulik di dalamnya.

“Follow Blog Ini Untuk Update Terkini”

Hubungi Saya Di Sini :

This is GREAT…!!

Lain-Lain Yang Menarik:

Lain-Lain Yang Menarik:



Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan