Cara Membeli Di App Lazada Menggunakan E-Wallet “Touch N Go”

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Terlebih dahulu anda perlulah DOWNLOAD App untuk membolehkan anda mengakses berjuta-juta barangan yang dijual di platform membeli-belah itu.

Dapatkan Di App Store

Anda juga haruslah mempunyai Akaun Bank yang telah diaktifkan untuk membuat urusniaga dalam talian (online transactiaon). Sekiranya anda belum aktifkannya, anda cuma perlu pergi ke cawangan bank berdekatan untuk mengaktifkannya dengan mendapatkan KOD PENGAKTIFAN. Kod pengaktifan akaun bank anda boleh diperolehi di dalam perkhidmatan ATM dengan mendaftar diruangan Urusan Dalam Talian (Online). KOD PENGAKTIFAN ini anda akan gunakan semasa LOGIN di halaman sesawang bank anda untuk mengaktifkan akaun anda bagi urusan dalam talian (Online Transaction).

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Langkah 1 :

Setelah masuk ke Halaman Utama, tekan ruangan “Search atau Carian”. Taipkan jenis barangan yang anda ingin cari. Anda akan masuk ke ruangan pilihan barangan yang berbagai-bagai jenis dan jenama. Sekiranya anda telah tahu jenama yang anda inginkan, taipkan jenama barangan itu dan anda akan diberikan pilihan untuk jenama yang anda inginkan sahaja.

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Langkah 2 :

Pilih barangan yang anda inginkan dan anda akan masuk ke ruangan barangan yang anda pilih itu.

Langkah 3 :

Di halaman ini, anda akan dapat memperolehi maklumat tentang barangan itu serta anda juga akan dapat melihat komen-komen dari pembeli yang telah membelinya. Anda akan dapat melihat PENILAIAN PENGGUNA yang akan memberikan nilai Bintang pada barangan tersebut dari Nilai 1 Bintang ke Nilai 5 Bintang.

Pilihan Produk Menarik Untuk Anda

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Langkah 4 :

Klik butang “PRODUCT DETAIL atau BERKENAAN PRODUK” dan anda akan masuk ke ruangan maklumat yang lebih terperinci lagi berkenaan produk itu. Klik Butang “VIEW ALL atau LIHAT SEMUA” untuk melihat gambaran keseluruhan berkenaan produk.

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Langkah 5 :

Setelah berpuas hati, sekiranya anda hanya membeli satu (1) barangan sahaja, tekan butang “BUY NOW atau BELI SEKARANG” dan anda akan ke halaman pembayaran. Sekiranya anda ingin membeli lebih dari satu barangan, tekan butang “ADD TO CART atau MASUKKAN DALAM TROLI” dan anda akan dapati butang troli di sebelah atas skrin anda akan mempunyai jumlah barangan yang telah dimasukkan ke dalam troli anda. Tekan butang troli itu setelah habis membuat pilihan dan anda akan masuk ke halaman pembayaran. Semak pemilihan barangan anda dan kemudian tekan butang “BUY NOW atau BELI SEKARANG”.

Langkah 6 :

Di halaman pembayaran ini, cek dengan teliti barangan yang anda telah pilih itu sekali lagi dari segi jumlah, saiz dan warna. Setelah berpuas hati, tekan butang “BUY NOW atau BELI SEKARANG”. Kemudian anda akan masuk keruangan Penghantaran.

ICE-WATCH | ICE Chrono Edition

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Langkah 7 :

Di ruangan Penghantaran ini, masukkan maklumat anda untuk penjual membuat penghantaran. Di sini anda akan dapat melihat Caj Penghantaran dan Tempoh Masa Penghantaran. Jangan lupa untuk memasukkan KOD DISKAUN sekiranya ada. Tetapkan cara penghantaran dan tekan butang “PLACE ORDER atau LETAK PESANAN”. Kemudian anda akan masuk ke halaman “SELECT PAYMENT METHOD atau TETAPAN CARA PEMBAYARAN”.

Langkah 8 (Pembayaran Menggunakan Kad Bank) :

Pilih cara anda ingin membuat pembayaran iaitu sama ada menggunakan KAD (sekiranya anda telah mendaftarkan kad anda dengan Lazada), E-WALLET KAD (sekiranya anda telah mendaftarkan kad anda dengan Lazada) atau klik “VIEW MORE PAYMENT METHOD atau CARA PEMBAYARAN YANG LAIN” (sekiranya anda belum mendaftar cara pembayaran dengan Lazada). Tandakan cara pembayaran dan kemudian tekan butang “PAY NOW atau BAYAR SEKARANG”.

Sekiranya anda telah mendaftarkan cara pembayaran, anda akan masuk ke halaman akaun bank anda dan anda perlu memasukkan butiran anda untuk pihak bank memproses bayaran anda. Sekiranya kad anda sah, baki akaun anda akan ditolak dengan jumlah yang telah dinyatakan untuk pembayaran. Sekiranya anda belum mendaftarkan cara pembayaran, anda perlu memasukkan nombor kad anda dan transaksi anda akan disemak oleh sistem untuk membuat pembayaran online. Sekiranya sah, akaun bank anda akan ditolak untuk membuat pembayaran itu.

Ice-Watch 100% Belgium Movement

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Jam Tangan Generasi Baru…!!

Langkah 8 (Pembayaran Menggunakan “Touch N Go eWallet) :

Lebih mudah membuat pembayaran dengan “Touch N Go eWallet” dan sistem akan terus menolak baki yang ada di dalamnya. Klik butang untuk membuat pembayaran menggunakan “Touch N Go eWallet”. Dalam halaman “Touch N Go eWallet”, tandakan kotak untuk menyimpan “Touch N Go eWallet” anda ke dalam Sistem Lazada supaya mudah digunakan untuk masa-masa yang akan datang. Kemudian anda akan masuk ke halaman “Touch N Go eWallet”. Di sini, anda diminta memasukkan butiran tentang akaun “Touch N Go eWallet” anda untuk meneruskan pembayaran. Sistem akan menolak terus baki eWallet anda setelah anda memasukkan nombor kod “Touch N Go eWallet” anda.

Anda boleh mencuba dengan klik pada gambar iklan yang ada di sekitar halaman ini untuk ke Halaman Lazada (terutamanya iklan Jam dan Powerbank). Anda akan terus di bawa ke LANGKAH 3.

Semoga artikal ini dapat membantu anda yang masih ragu-ragu untuk membuat pembelian online kerana terdapat lebih dari sekali klik sebelum duit anda akan ditolak dari jumlah yang ada.

SELAMAT BERSHOPPING ONLINE

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Tebus RM50 ePenjana Dengan eWallet Anda

Mulai 31 Julai 2020 sehingga 30 September 2020, pengguna eWallet (Touch N Go, Boost dan GrabPay) boleh menebus RM50 secara kredit melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (ePenjana) melalui Aplikasi masing-masing.

Pengguna juga akan mendapat insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebet, baucar atau mata ganjaran apabila menggunakan perkhidmatan eWallet mereka disepanjang tempoh kempen.

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tahun 2020.
  • Pendapatan kurang dari RM100,000 setahun.

Cara-Cara Memohon:

  • Pastikan anda telah berdaftar dahulu di Aplikasi “MySejahter”.
  • Masuk ke Aplikasi Touch N Go.
  • Klik banner “Claim Your RM50 Here”.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan.
  • Permohonan anda akan diproses dalam masa 5 hari.

Pencuci Sebaguna Buatan Malaysia Yang Mesra Alam

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Lebih Jimat Beli Online Guna App Lazada Berbanding Pelayar Internet (Web Browser)

Tahukah anda bahawa anda akan dapat lebih potongan harga dengan membeli online menggunakan Lazada App. Ini disebabkan ianya terdapat beberapa program yang menarik selain dari membeli-belah yang menawarkan ganjaran lumayan seperti Tawaran Harian (Flash Sale), Tawaran Bulanan (Monthly Sale), Tawaran Pertengahan Tahun (Mid Year Sale), Tawaran Akhir Tahun (Year End Sale) dan Tawaran Musim Perayaan.

Selain dari mendapat potongan harga hebat untuk produk-produk tertentu, anda juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai yang akan dikreditkan ke akaun eWallet Lazada anda apabila anda menambah baki eWallet anda dalam jumlah tertentu.

Tekan (Click) butang “Akaun” di ruangan sebelah bawah/kanan halaman utama dan anda akan dapatkan berbagai-bagai ganjaran di situ.

Daftar harian juga menawarkan ganjaran tunai yang boleh digunakan semasa membuat pembelian. Anda juga boleh mendapatkan “Lazada Coins” setiap hari dan boleh digunakan semasa membeli produk tertentu. Cuba nasib dengan memecahkan “Lucky Egg” untuk mendapatkan lebih ganjaran. Melakukan aktiviti dalam “Mission Center” akan menawarkan lebih lagi “Lazada Coins”. “Voucher Strike” pula menawarkan peluang untuk anda mendapatkan vaucher yang menarik.

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Cara Membuat Pulangan Produk Dan Tuntut Wang

Hubungi Saya Di Sini :

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee
Klik Imej Untuk Beli Di Shopee

Baca Tentang Ini Juga:

Produk Kesihatan Berkualiti

Lain-Lain Yang Menarik:

Klik Imej Untuk Beli Di Shopee


Published by Ainudin

I'm from Johor Bahru, Malaysia. Independent Health Coach.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan